Ada yang tanya pendapat peribadi aku mengenai isu gadis remaja Malaysia yang tergila gilakan artis lelaki Korea.Tak cukup hot ke artis lelaki Malaysia sampaikan artis Korea juga yang menjadi pujaan hati?
To be frank, aku pernah mengalami era gilakan artis lelaki Korea.Cuma aku tak ada la fanatik sangat sampai letak gambar dorang kat FB.Ataupun ikut setiap perkembangan dorang.Nama pun tak hafal.Hohoho.Sebut la nama artis belah sana.Sekoq pun aku tak kenai.Aku jenis suka tengok muka.Asal handsome dan cute sikit, nak suka lah! Gitu.
In my opinion, ecewah.Macam tulis karangan BI pula.Gadis remaja sekarang lebih sukakan artis lelaki Korea kerana :
1) Mereka bermata sepet, berkulit mulus serta gebu dan bermulut mungil. Dalam erti kata lain jambu.Ada ka artis lelaki Malaysia yang macam tu? Que Haidar la paling sepet pun tapi sayangnya dia tak berkulit mulus dan gebu.Mungkin bagi mereka sepet itu sexy.
2) Gilakan watak mereka yang sangat gentleman, romantik,pijak semut pun tak mati.Setiap pergerakan tubuh itu barangkali sexy dimata gadis remaja Malaysia.Cerita kat Malaysia banyak berkisar pasal cinta tapi tak adalah gentleman sangat si lelaki.Banyak pegang watak korporat
dsb.
3) Faktor rambut juga mungkin menjadi daya tarikan artis lelaki Korea berbanding artis lelaki Malaysia.Kebanyakkan mereka berambut panjang dan ada gaya tersendiri.Rambut yang menutupi mata bisa mencairkan hati para gadis.Ya..mereka berjaya mencipta fenomena besar dalam industri salon dunia dengan trend yang dipanggil "Korean hairstyle". Ada ka Malaysian hairstlye? Non ado kan.
Adakah ini bermakna gadis remaja lebih sukakan lelaki jambu? Haa..itu yang eden tak pasti.Tapi personally, eden pun suka! Hahaha.
No comments:
Post a Comment